
Tak patuh SOP punca kluster baharu di Durian Tunggal- Rahmad
AYER KEROH 15 Okt. – Pengabaian prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan keluarga dan jiran menjadi punca wujudnya kluster baharu membabitkan komuniti di negeri ini, semalam.
Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster dikenali sebagai Kluster Belimbing Dalam itu dikesan menular membabitkan komuniti di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal.
Menurutnya, setakat ini seramai 33 individu dikesan positif COVID-19 hasil saringan 40 kontak rapat daripada kluster berkenaan.

“Kes indeks dikesan positif menerusi saringan bergejala di hospital dan seterusnya jangkitan didapati telah merebak ke dalam komuniti.
“Sejurus dikesan, penilaian risiko dan disinfeksi telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah.
“Hasil siasatan mendapati jangkitan dalam komuniti ini berlaku akibat kurang pematuhan SOP membabitkan keluarga dan masyarakat di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Rahmad memaklumkan, setakat ini, terdapat 34 kluster aktif di negeri ini, termasuk satu kluster yang direkod di luar Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG PERMAI MACHAP UMBOO BARU JADI TUMPUAN PELANCONG
MACHAP JAYA 22 Januari - Kesepakatan dan kreativiti penduduk dalam menghias kawasan sekitar sempena sambutan Tahun Baharu Cina dilihat berpotensi...
MAIM SALUR SUMBANGAN BAIK PULIH SURAU, NAIK TARAF TANAH WAKAF PERKUBURAN
MASJID TANAH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan bagi membantu kerja baik pulih dan naik taraf...
BILAL, PENGGALI KUBUR MELAKA TERIMA RM300 SEMPENA RAMADAN
PENGKALAN BATU 22 Januari - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memperuntukkan...
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PELENGKAP USAHA MELAKA PERKASA BIDANG AKADEMIK
TANJUNG BIDARA 22 Januari - Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan menjadi pelengkap kepada usaha berterusan Kerajaan Negeri bagi memastikan anak Melaka...
PENGHANTAR MAKANAN DICEKUP MENYAMAR POLIS, UGUT REMAJA PUASKAN NAFSU
AYER KEROH 22 Januari - Penghantar makanan ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki menyamar sebagai seorang anggota polis dan melakukan...
MELAKA LATIH LEBIH 900 SUKARELAWAN PARAKOM BERSEDIA HADAPI KES KECEMASAN
BANDA HILIR 22 Januari - Lebih 900 sukarelawan Paramedik Komuniti (PARAKOM) menyertai pelbagai pelbagai kursus latihan dan tugasan lapangan sepanjang...
