
TAM SPIDER, DATUK RAMLI SARIP GEGAR MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 12 April – Persembahan penuh bertenaga daripada Tam Spider dan Datuk Ramli Sarip menggegar Masjid Tanah, malam ini.
Penampilan istimewa dua artis popular itu dibawakan khas bersempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, di sini.
Tam Spider mendendangkan empat buah lagu popularnya, antaranya Relaku Pujuk dan Laukku Cukup Masin.
Manakala Datuk Ramli Sarip pula memukau tetamu dengan lagu Teratai, Camelia dan Doa Buat Kekasih.
Terdahulu, pada sebelah petang, tetamu majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan dua lagu raya popularnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ROSSA PUKAU ORANG MELAKA DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 12 April - Penyanyi popular dari 'seberang' Datuk Seri Rossa menggamatkan suasana di Villa d'Acqua, Kampung Pulau, malam...
BERTUAH ORANG MELAKA DAPAT TENGOK ‘KONSERT PERCUMA’ CAKRA KHAN
TANJUNG BIDARA 12 April - Penampilan artis popular dari Indonesia, Cakra Khan yang menampilkan persembahan penuh bertenaga menggamatkan suasana di...
APAM BALIK ‘CRISPY’ MHI JUADAH ISTIMEWA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 12 April - Apam balik rangup menjadi antara lebih 60 juadah disediakan di Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk...
WRUR: 8 PROGRAM PERPADUAN WARNAI ALOR GAJAH: KAMPUNG KITA
GADEK 12 April - Usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat terus dipergiat menerusi pelaksanaan lapan program komuniti oleh Jabatan Perpaduan...
GAGASAN MESRA KETUA MENTERI BERJAYA SATUKAN RAKYAT MELAKA
TANJUNG BIDARA 12 April - Hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu menyatukan masyarakat berbilang kaum di...
PAYUNG MELAKA SAYANG RAKYAT SEMAKIN DITERIMA RAMAI
TANJUNG BIDARA 12 April - Kehadiran puluhan ribu masyarakat berbilang kaum dalam penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat (MeSRa)...
