
TAMAN OZANA RESIDEN DIBANGUNKAN PDG PROPERTY, MEMANG BERBALOI-BALOI!
BUKIT KATIL 27 Mei – Bukan sahaja dapat memiliki rumah idaman yang cantik dan selesa, tetapi pembeli rumah di Taman Ozana Residen, di sini, yang dibangunkan PDG Property Group juga dapat memasang kemudahan fiber optik, rangkaian internet berkelajuan tinggi lebih mudah dan tanpa perlu menunggu masa yang lama.
Ia selepas pemaju hartanah terkemuka Melaka itu menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan TM Technology Services Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Telekom Malaysia (TM) pada Karnival PDG yang diadakan baru-baru ini.
Perjanjian itu ditandatangani Pengarah Urusan PDG Property Group, Datuk Gwee Yew Kiat, manakala TM diwakili oleh Pengurus Besar Jualan Pengguna TM Ir. Muhammad Sabri Razali.
Gwee berkata, kerjasama strategik itu dijalin memandangkan internet telah menjadi antara keperluan dalam kehidupan moden masa kini, selain permintaan terhadap utiliti ketiga selepas air dan elektrik itu juga semakin meningkat saban tahun.
“Setiap keluarga pasti mahukan sambungan Internet yang stabil dan berkelajuan tinggi, justeru PDG secara proaktif menjalinkan kerjasama dengan TM bagi memastikan semua pembeli boleh segera memohon pemasangan perkhidmatan jalur lebar yang disediakan TM.
“Mereka juga tidak perlu lagi menunggu sehingga 50 peratus pembeli berpindah di kawasan kediaman itu untuk memohon perkhidmatan tersebut,” katanya.
Menurut Gwee, pembangunan Fasa 6 Ozana Residen, merupakan sebuah kawasan perumahan berpagar dengan keselamatan 24 jam yang dibina oleh PDG Property Group.
Jelas beliau, ia mempunyai sebanyak 209 unit, termasuk rumah teres dua tingkat berukuran 22’x 70’, 22’x 80’ dan 22’ x 90’.
Tambahnya lagi, untuk fasa pertama pembukaan unit pameran rumah teres dua tingkat 22’x90′, ia telah mendapat sambutan amat menggalakkan, di mana hanya tinggal dua unit sahaja lagi untuk bumiputera yang perlu direbut secepat mungkin.
Selain itu, pada karnival berkenaan juga katanya, orang ramai berpeluang melihat rumah pameran baharu berukuran 22’x70′ yang menampilkan reka bentuk seni bina unik dan pertama seumpamanya di Malaysia.
“Ia menampilkan ruang bilik tidur utama di tingkat atas memanjang ke atas garaj dan bahagian dapurnya juga telah dipanjangkan sepenuhnya, sekali gus menyediakan ruang kediaman yang lebih luas.
“Pada masa sama, rumah baharu ini juga dilengkapi dengan kunci dan suis pintar, sekali gus memberikan kemudahan serba moden kepada pemiliknya,” ujar beliau.

Menurut beliau, sehingga kini, lebih 50 peratus unit rumah teres dua tingkat 22’x70’ telah dijual, dengan harga RM648,800, di mana bilangan unit bukan bumiputera adalah terhad.
Jelas beliau, kemajuan pembinaan rumah teres dua tingkat 22’x70’ dan 22’x90’ juga telah mencapai 70 peratus dan dijangka diserahkan pada pertengahan 2026.
Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan kejayaan Ozana Residen yang telah memenangi The Cornerstone Award (Best Landed Development Melaka) pada Anugerah StarProperty 2025, baru-baru ini, selain PDG Property Group turut menerima All-Star Awards: Top 5 Non-Listed Companies pada anugerah sama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.