
Tanah runtuh: Satu lagi mayat ditemukan, angka korban kini 26
BATANG KALI, 21 Dis – Satu lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini ditemukan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 26.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataan di laman Facebook yang memetik sumber Pusat Pengurusan Operasi JBPM berkata satu mayat lelaki dewasa ditemukan pada pukul 11.16 pagi di sektor B (kem Farmview).
Kenderaan yang membawa mayat itu dilihat keluar dari lokasi pencarian pada kira-kira pukul 11.57 pagi.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang masih hilang adalah tujuh, manakala 61 selamat, daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lepas.
JBPM hari ini memaklumkan pasukan mencari dan penyelamat akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian selepas mengambil kira penemuan mangsa ke-25 semalam yang dijumpai pada kedalaman ‘luar jangkaan’ iaitu kira-kira 17 meter di sektor C (Riverside).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SEDIA JALIN KERJASAMA UNTUK PEMBANGUNAN ANAK YATIM, MISKIN
BUKIT KATIL 20 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama bagi membantu pembangunan anak-anak yatim, miskin...
WRUR : PROJEK PENGAIRAN SUBURKAN HASIL BUMI KLEBANG
KLEBANG 20 Oktober - Kerajaan Negeri komited memastikan kesejahteraan rakyat bukan sahaja melalui penyediaan tempat tinggal yang selesa, tetapi juga...
JAMBATAN STULANG DAENG KEMBALIKAN NADI KEHIDUPAN PENDUDUK KAMPUNG
KLEBANG 20 Oktober - Jambatan baharu Stulang Daeng yang dibina dengan peruntukan RM9.4 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah...
WRUR : TIGA SEKOLAH DUN KLEBANG TERIMA SUNTIKAN PEMBANGUNAN
KLEBANG 20 Oktober - Usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Melaka terus diperkasa apabila tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RINGANKAN BEBAN, BANGKITKAN AURA KEMERIAHAN SAMBUTAN DEEPAVALI
TANJUNG BIDARA 20 Oktober - Bukan sekadar meringankan beban, sebaliknya kelaziman meraikan golongan B40 setiap kali musim perayaan turut menceriakan...
WRUR KLEBANG TUTUP TIRAI, 244 ADUAN RAKYAT DITERIMA, 33 DISELESAIKAN
KLEBANG 20 Oktober - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang menutup tirai dengan 244 aduan...