Sorting by

×

TANAH TERBIAR DIPENUHI SEMAK-SAMUN: PEMBERSIHAN DISEGERAKAN

Masa Membaca:57 Saat

PENGKALAN BATU 8 Januari – Pembersihan segera dan gotong-royong akan dilakukan bagi membersihkan kawasan tanah terbiar yang dipenuhi semak samun di bahu jalan di Jalan Pulau Kelapa 3.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin berkata, meskipun tanah terbabit adalah milik individu namun demi kesejahteraan dan keprihatinan terhadap komuniti setempat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mengambil tanggungjawab.

“Masalah di kawasan ini bukan pertama kali, sebaliknya penduduk berdekatan sebelum ini telah kerap kali mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan perbelanjaan ratusan ringgit untuk membersihkan kawasan semak-samun.

“Namun hal sama terus berulang malah apabila dibersihkan kawasan semak samun itu terdapat beberapa kubur lama ditemui.

“Bertindak atas aduan dibuat kami akan melaksanakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan tanah terbiar ini yang didakwa menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan tanah terbiar dipenuhi semak samun di Jalan Pulau Kelapa 3, di sini, semalam.

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri memaklumkan, pihaknya juga akan merujuk isu tersebut kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mencari penyelesaian supaya hal sama tidak terus membelenggu komuniti setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

546
Kongsi :
Previous post PASAR TANI SUNGAI RAMBAI FOKUS PRODUK TEMPATAN
Next post FIRST AID STATION: ZON SELAMAT UNTUK PELANCONG KE MELAKA