
TANJUNG BIDARA LOKASI SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2026
TANJUNG BIDARA 15 Mac – Pantai Tanjung Bidara bakal menjadi lokasi Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan itu akan diadakan pada 25 April depan dengan pelbagai pengisian menarik.
“Sambutan ini bakal menjadi antara acara besar yang mewarnai Negeri Melaka pada tahun ini dan kita jemput seluruh Malaysia untuk datang ke Pantai Tanjung Bidara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pelakon popular Bell Ngasri ketika memasak gulai kawah dalam Program Dapur Tok Rauf di Masjid As-Salam, Kampung Ayer Hitam Darat, di sini, hari ini.
Sambutan Hari Air Sedunia diraikan pada 22 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran global mengenai kepentingan air tawar dan pengurusan sumber air secara mampan.
Tahun lalu, sambutan itu diadakan di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang, dengan tema ‘Pemuliharaan Glasier’ (Glacier Preservation) bagi menangani isu perubahan iklim akibat pemanasan global.
/END
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
16,000 PETAK PARKIR PERCUMA DI KAWASAN MBMB SELAMA 7 HARI
AYER KEROH 15 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan hampir 16,000 petak parkir percuma selama tujuh hari sempena...
460 KHATAM AL-QURAN DI TANJUNG BIDARA SEMPENA RAMADAN
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Seramai 460 warga Tanjung Bidara berjaya khatam al-Quran sempena Ramadan tahun ini. Ia buat julung...
AYAM RM5 LICIN DALAM SEJAM
MERLIMAU 15 Mac - Tawaran ayam segar dengan harga serendah RM5 seekor di Pasar Tani Merlimau laris apabila sebanyak 3,000...
KETUA MENTERI SANTUNI 100 ASNAF DI KAMPUNG BALIK BATU
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Kegembiraan dan rasa syukur jelas terpancar di riak wajah 100 asnaf di Kampung Balik Batu...
HADIAH UNTUK ORANG MASJID TANAH 19 MAC INI
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Sempena tiga tahun mentadbir negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bakal memberikan...
‘HARI INI SAYA BUKAN KETUA MENTERI, SAYA DAK RAOP ANAK JATI MASJID TANAH’
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Bukan komited memajukan negeri, tetapi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga membuktikan...
