Sorting by

×

WTE: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA SETARAF NEGARA MAJU

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

SUNGAI UDANG 2 April – Masalah kapasiti sampah di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang bakal diatasi apabila Loji Waste To Energy (WtE) Sungai Udang siap dan beroperasi sepenuhnya pada 2029.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, Loji WtE Sungai udang akan menjadikan sistem pengurusan sampah di Melaka lebih sistematik serta setaraf negara maju.

“Syukur kepada Allah SWT bermula dengan perancangan sejak 2017 , kali ini berlangsung projek pecah tanah projek WtE ini dan apabila siap kelak bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah rakyat Melaka tetapi penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang itu sendiri.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek amat bermanfaat untuk orang Melaka,” katanya.

Rais yang juga Penyelaras DUN Sungai Udang berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Projek Loji WtE Sungai Udang di tapak WtE Sungai Udang, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Azhar Arshad, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Dr. M Noor Azman Taib; Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar Abd Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff Corporation Berhad Syahrunizam Samsudin, Ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka serta Persekutuan.

Beliau juga amat berharap kontraktor dilantik dapat menyempurnakan dan menyiapkan projek berkenaan mengikut masa serta tempoh yang sudah ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

417
Kongsi :
Previous post AGENDA MELAKA LESTARI, BERDAYA TAHAN FOKUS UTAMA KERAJAAN NEGERI
Next post TINDAKAN TARIK SPHM SYARIKAT KOPI DI MELAKA BUKAN UNTUK JATUHKAN PERNIAGAAN – JAIM