
Terbuka Jerman: Zii Jia melangkah ke suku akhir
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Perseorangan nombor satu badminton negara Lee Zii Jia sekali lagi digasak hari ini dalam perlawanan menentang Christo Popov dari Perancis, sebelum berjaya menempah tempat pada suku akhir Terbuka Jerman.
Pemain berusia 23 tahun di ranking ketujuh dunia itu terpaksa berkerja keras selama 61 minit untuk menyingkirkan pemain ke-62 dunia Popov 21-13, 18-21, 21-12, dalam pusingan kedua kejohanan itu di Westenergie Sporthalle, Muelheim.
Pada aksi suku akhir esok, Zii Jia akan berdepan cabaran dari pemenang perlawanan antara Zhao Junpeng dari China dan pemain Korea Selatan Heo Kwanghee.
Semalam, juara bertahan All England itu terpaksa bermain perlawanan rubber set sebelum menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 19-21, 21-13, 21-8 selepas 52 minit.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AMANAT KM BERI INSPIRASI CALON SPM MELAKA UNTUK CEMERLANG
ALOR GAJAH 26 Oktober – Amanat disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi inspirasi kepada calon Sijil...
NAIK TARAF BULATAN LUBUK CHINA DIMULAKAN 2026
AYER LIMAU 26 Oktober - Bulatan Lubuk China yang kerap digenangi air pada musim banjir akan dinaik taraf, kata Exco...
ROSLAN MADUN BAKAL CIPTA LAGU TENTANG MELAKA
DUYONG 26 Oktober - Penggiat seni yang popular dengan lagu Lemak Manis, Roslan Madun bakal mencipta sebuah lagu mengenai Negeri...
TAMBAH KATEGORI PERTANDINGAN RATU KEBAYA PELANCONGAN, PENUHI PERMINTAAN
DUYONG 26 Oktober - Pertandingan Ratu Kebaya Pelancongan bakal diperluaskan dengan pertambahan kategori pada penganjuran akan datang selepas mendapat sambutan...
RATU KEBAYA PELANCONGAN MILIK ANAK SABAH
DUYONG 26 Oktober - Busana kebaya Pahang cekak musang yang digayakan dengan penuh anggun membawa tuah kepada anak kelahiran Semporna,...
MELAKA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR, PERKASA PELANCONGAN LUAR BANDAR
AYER LIMAU 26 Oktober - Projek naik taraf dan pembangunan dilaksanakan sekitar daerah Alor Gajah khusus di Dewan Undangan Negeri...
