Sorting by

×

TEROKA POTENSI DAN MASA DEPAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 14 Ogos – Persidangan Dewan Belia Negeri Melaka menjadi platform penting mengetengahkan idea orang muda dalam memajukan negeri, terutamanya memperkasakan lagi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di pelbagai sektor.

Ahli Dewan Belia N.12 Pantai Kundor, Muhammad Shafiq Ab Majid berkata, kluster yang diwakilinya iaitu Kluster Sains, Teknologi dan Komunikasi Digital memberi penekanan terhadap kepentingan penerapan AI sejak awal.

“Teknologi ini bukan sahaja relevan pada masa kini, malah memberi impak jangka panjang.

“Kerajaan Negeri melalui kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga telah melaksanakan beberapa usaha berkaitan AI termasuk di bawah portfolio pelancongan dan bandar pintar menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Persidangan Pertama, Penggal Pertama, Dewan Belia Negeri Melaka di Anjung Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, semalam.

Mengulas peranan persidangan itu, beliau berkata ia memberi ruang kepada 28 wakil ahli dewan belia serta lima lantikan Ketua Menteri bagi membincangkan pelbagai isu melalui 11 kluster berbeza.

“Sepanjang tiga hari, pelbagai usul dan pandangan dibentangkan, kebanyakannya berkaitan dengan agenda pembangunan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1245
Kongsi :
Previous post MBMB IKTIRAF SUMBANGAN PENGAMAL MEDIA, KOMUNITI
Next post ‘YES! ROCK THE SCHOOL’ PEMANGKIN MASA DEPAN BELIA