
TERPEDAYA TAWARAN BAIKI MESIN BASUH, OPERATOR KILANG RUGI HAMPIR RM9,000
AYER KEROH 21 Januari – Seorang operator kilang wanita kerugian hampir RM9,000 selepas dipercayai terpedaya dengan tawaran membaiki mesin basuh tidak wujud pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai terpedaya selepas menemui iklan membaiki mesin basuh di laman sosial Facebook sebelum menghubungi talian WhatsApp yang tertera.
“Ketika menghubungi talian tersebut dia telah diberikan satu pautan untuk membuat bayaran deposit sebanyak RM8 sebagai tempahan.
“Bagaimanapun selepas mangsa menekan pautan tersebut, dia mendapati telah berlaku tiga transaksi pengeluaran wang daripada akaun banknya dengan jumlah keseluruhan RM8,800 tanpa kebenaran pengadu,” katanya.
Menurut Christopher, menyedari dirinya ditipu mangsa yang tinggal di Kampung Tun Razak Bukit Katil kemudian tampil membuat laporan polis.
“Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan selain permohonan maklumat kepada syarikat telekomunikasi juga telah dipohon.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERJUANGAN 13 TAHUN PELIHARA KETURUNAN BABA NYONYA DIIKTORAF JPN
AYER KEROH 21 Januari - Lega dan amat menggembirakan, itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan kegirangan komuniti Baba Nyonya apabila perjuangan...
KAMPUNG DIGITAL: JPN MELAKA TERIMA 4,035 PERTUKARAN ALAMAT
AYER KEROH 21 Januari - Seramai 4,035 penduduk Melaka telah memohon penukaran alamat bagi tempoh Januari hingga Disember 2025 hasil...
KEMASUKAN AWAL KE TAHUN 1: PERKUKUH SISTEM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
AYER KEROH 21 Januari - Ibu bapa yang yakin dengan potensi anak-anak, digalakkan menghantar mereka ke prasekolah seawal usia lima...
BATU SEREMBAN: CENDERAMATA YANG MERANGKAI CERITA BUDAYA
BANDA HILIR 21 Januari - Lambakan permainan digital dan gajet moden yang menguasai kehidupan kanak-kanak hari ini, tidak menghakis semangat...
MELAKA SEDIA PLATFORM BANTU IBU BAPA HADAPI CABARAN DUNIA SIBER
AYER KEROH 21 Januari – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka mengajak ibu bapa serta masyarakat menyertai Kursus...
ALASAN LUPA PERBAHARUI LESEN ANTARA PENYUMBANG KOMPAUN TINGGI MPHTJ TAHUN 2025
AYER KEROH 21 Januari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melaksanakan lebih 4,000 operasi kompaun terhadap premis perniagaan sepanjang...
