
TIADA HAD RAKAAT, 869 MASJID DAN SURAU DIBENAR LAKSANA TARAWIH – EXCO
AYER KEROH 25 Februari – Sebanyak 869 masjid dan surau seluruh negeri ini dibenarkan mengadakan solat sunat Tarawih pada tahun ini, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Beliau berkata, jumlah itu melibatkan 200 buah masjid kerajaan, masjid kariah, masjid lama dan masjid institusi serta 669 surau kariah.
“Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melalui Bahagian Pengurusan Masjid tidak pernah menghalang mana-mana masjid atau surau di negeri ini untuk mendirikan solat sunat Tarawih setiap kali Ramadan.
“Sehingga tahun ini, semua masjid dan surau di Melaka dibenarkan melaksanakan solat Tarawih seperti biasa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas mengenai jumlah rakaat, beliau berkata JAIM tidak menetapkan bilangan tertentu sama ada lapan atau 20 rakaat bagi setiap masjid dan surau.
“Ia terpulang kepada kesesuaian atau ‘uruf’ (kebiasaan) di setiap masjid dan surau dalam kariah masing-masing,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FOOD RESCUE ‘SELAMATKAN’ LEBIHAN MAKANAN BAZAR RAMADAN
AYER KEROH 25 Februari - Inisiatif Food Rescue yang dilaksanakan di bazar Ramadan Masjid Al-Alami MITC, di sini, berjaya menyelamatkan...
KEHADIRAN TUN DR. MOHD ALI SERIKAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN JBPM MELAKA
PAYA RUMPUT 24 Februari - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Program Ihya’...
MELAKA NEGERI KEDUA TERBAIK INDEKS PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 24 Februari - Melaka berjaya melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai negeri kedua terbaik dalam Indeks...
TYT LANCAR TENAGA GIG MELAKA
BUKIT KATIL 24 Februari - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam melancarkan Pertubuhan Tenaga...
MAIM, YB ALONG SANTUNI 100 PESAKIT DI HOSPITAL ALOR GAJAH
REMBIA 24 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan sebagai agensi agama yang menjaga kebajikan umat Islam...
RAMADAN DUN SUNGAI UDANG DIIMARAHKAN DENGAN PROGRAM TAQARRUB
SUNGAI UDANG 24 Februari - Penganjuran Program Taqarrub Ramadan yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menarik perhatian...
