Sorting by

×

TIADA KLUSTER TIBI DI MELAKA, ORANG RAMAI DINASIHATKAN SENTIASA BERWASPADA

Masa Membaca:54 Saat

LENDU 25 Februari – Meskipun Melaka belum merekodkan sebarang kluster tibi (tuberkulosis) namun orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan terutama sepanjang berada di tempat awam.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, kes yang direkodkan di Melaka setakat ini hanya melibatkan individu sahaja.

“Antara langkah pencegahan paling mudah untuk diamalkan oleh orang ramai adalah sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Saya bersama Jabatan Kesihatan Negeri akan sentiasa memantau perkembangan berkaitan jangkitan tibi dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Walkabout Kempen ‘Perhati dan Pilih’ Sempena Ramadan Tahun 2026 di Tapak Pasar Ramadan Pekan Masjid Tanah, di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Timbalan Pengarah (Keselamatan & Kualiti Makanan) Dorothy Dayang Henry Sum.

Terdahulu, Hee Sem turut meluangkan masa meninjau makanan dijual selain menyantuni dan mengagihkan apron kepada peniaga berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

322
Kongsi :
Previous post PPDK ‘DUYONGKITA’ DIJANGKA BEROPERASI JUN 2026
Next post BAZAR DI MELAKA SEMAKIN MATANG, EKONOMI PENIAGA BERKEMBANG