Sorting by

×

TIADA LAGI KERESAHAN RISIKO BERLAKU LITAR PINTAS

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

LENDU 21 Mei – Kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian peralatan elektrik asas dilaksanakan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) amat melegakan penghuni dua kediaman di Dewan Udangan Negeri (DUN) Lendu, selama ini dihantui risiko berlaku litar pintas.

Penerima bantuan Program Masyarakat Di Hati MPAG 2025 bersempena penganjuran Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Lendu, Nazri Mohamad, 49 berkata, inisiatif itu dianggap sebagai amat berfaedah buat dirinya dan keluarga berikutan sistem pendawaian kediaman didiami mereka dianggarkan sudah berusia 50 tahun.

Selain itu baginya, sumbangan peralatan elektrik baharu seperti kipas dianggap sebagai bonus dan pelengkap kepada bantuan yang dihulurkan oleh MPAG.

“Sekarang baru rasa lega, meskipun bukan keseluruhan tetapi penggantian sistem pendawaian yang sudah lama amat melegakan saya dan keluarga.

“Tidak dinafikan timbul perasaan risau setiap kali membaca laporan akhbar mengenai kebakaran rumah disebabkan litar pintas, apa tidaknya sebahagian besar struktur kediaman saya adalah kayu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin yang mewakili Ketua Menteri Melaka serta Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Mohamad Azmi Sabtu.

Hadir sama Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim; Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat, Ketua Ahli Majlis MPAG, Ghafar Ngah; Ahli-Ahli Majlis serta ketua-ketua jabatan MPAG.

Nazri berkata, menerusi WRUR bantuan yang disalurkan adalah mengikut kesesuaian rakyat memerlukan, sekali gus menyelesaikan masalah yang disuarakan kepada jabatan atau agensi berkenaan.

Baginya, WRUR adalah inisiatif terbaik dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam menyantuni dan benar-benar menyelesaikan permasalahan yang membelenggu rakyat.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan MPAG atas jasa kepada saya serta keluarga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

327
Kongsi :
Previous post AHLI MYSTAR BAWAH 18 TAHUN NIKMATI DISKAUN TIKET MENARA TAMING SARI
Next post SIASATAN TERPERINCI BERHUBUNG KEROSAKAN PAM AIR PPR KRUBONG