
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan paip gas dan kemalangan bas di Mesir
PUTRAJAYA, 14 April – Tiada rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswan pada Rabu.
Kementerian Luar Negeri dalam mengesahkan hal in berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar Nasr City bagi memastikan keselamatan mereka.
Rakyat Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing, kata kementerian melalui kenyataan Khamis malam.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau hubungi melalui Tel: +201200276388 atau E-mel: [email protected].
Menurut laporan media Mesir letupan berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City menyebabkan kebakaran besar dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula menyebabkan 10 orang maut termasuk lima pelancong asing.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AGRO MADANI 2025 CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM4 JUTA
MERLIMAU 23 Mac - Sejumlah RM4.3 juta nilai jualan direkodkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi penganjuran Program Jualan Agro...
PENDUDUK BERINGIN, BELIMBING BAKAL TERIMA TONG SAMPAH TAHUN INI
DURIAN TUNGGAL 23 Mac - Hasrat penduduk di Kampung Beringin dan Kampung Belimbing untuk memiliki tong sampah sendiri dijangka direalisasikan...
SEORANG WANITA MAUT, DUA PEMANDU CEDERA DALAM KEMALANGAN DI MIRI
SIBU 22 Mac - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat...
CUACA PANAS: ELAK PEMBAKARAN TERBUKA
PAYA RUMPUT 22 Mac - Orang ramai di negeri ini diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia merupakan satu...
25,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 22 Mac - Kira-kira 25,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di...
KONTRAKTOR RUGI LEBIH RM300,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
TEMERLOH 22 Mac - Seorang kontraktor kerugian RM356,342 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui laman sesawang...
