Sorting by

×

‘TIDAK MAMPU KE GAZA TETAPI AKAN TERUS BERDOA UNTUK GAZA’

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BANDA HILIR 5 Oktober – “Saya tidak mampu pergi ke Gaza, tidak mampu untuk berperang, tetapi akan terus sokong Gaza menerusi himpunan seperti ini dan tidak akan berhenti berdoa buat rakyat Palestin”, itu titipan semangat dari salah seorang peserta Himpunan Sumud Flotilla di Melaka, Faiz Ismail.

Faiz berkata, dia mengambil peluang menyertai himpunandi hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, bagi menzahirkan sokongan terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin, selain mengutuk kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin.

“Saya bersama rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk sertai himpunan berkaitan solidariti Palestin, ditambah pula baru-baru ini insiden penangkapan secara tidak sah oleh rejim zionis ke atas peserta GSF, maka kami bertambah semangat bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin.

“Sudah sekian lama Palestin telah dijajah oleh rejim zionis, malah kekejaman penjajah sama sekali tidak boleh dimaafkan kerana terlalu banyak nyawa rakyat Palestin telah dikorbankan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, petang tadi.

Img 20251005 wa0108
CASSEL

Seorang lagi peserta, Cassel Krishnan menganggap kekejaman rejim zionis ke atas rakyat Palestin terutamanya di Gaza amat melampau dan tidak berperikemanusiaan, malah sanggup membiarkan warga Gaza mati kelaparan tanpa membenarkan bantuan makanan serta perubatan dibawa masuk ke sana.

“Kekejaman rejim zionis sememangnya tidak dapat diterima akal, kerana terlalu ekstrem dan di luar batas kemanusiaan.

“Saya selaku pengasas Pertubuhan Masyarakat Demi Anak Pertiwi, mengambil tanggungjawab bersama ahli-ahli yang lain hadir ke himpunan ini sebagai solidariti ke atas peserta GSF serta rakyat Palestin khususnya,” ujarnya.

Sementara itu, Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan menyaksikan penglibatan lebih 5,000 peserta dari dalam serta luar Melaka.

Laungan solidariti ke atas 23 sukarelawan negara yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza, Palestin serta pembebasan Palestin antara yang paling gamat dilontarkan selain mengecam kekejaman rejim zionis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1641
Kongsi :
Previous post HIMPUNAN #STAND4SUMUD BERGEMA DI MELAKA!