
Tiga lokasi baharu PKPD di Sabah, tiga lagi negeri dikenakan PKPB
KUALA LUMPUR 5 Nov. – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi baharu di Sabah manakala tiga lagi negeri – Negeri Sembilan, Terenggganu dan Perak – dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD dibuat di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira Sandakan berkuat kuasa esok sehingga 19 Nov.
‘’Setakat 4 Nov 2020, saringan Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 440 kes positif COVID-19 melibatkan tahanan dan juga staf di Pusat Tahanan Sementara Tawau ini.
PKPD PTS Tawau ini akan melibatkan 1,707 inidividu yang terdiri daripada 1,603 tahanan dan 104 kakitangan,’’ katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.
Beliau berkata PKPD di Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira pula melibatkan seramai 1,605 individu yang merangkumi 1,308 orang tahanan dan 297 orang kakitangan.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PLUS JANGKA 2.2 JUTA KENDERAAN SEHARI SEMPENA CUTI AKHIR TAHUN
KUALA LUMPUR 17 Disember - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh...
JURUTEKNIK KILANG KINI MENUAI REZEKI DI LADANG JAGUNG
JASIN 17 Disember - Bermula dari kosong tanpa sebarang pengalaman bertani, bekas juruteknik kilang ini kini mampu mengemudi sebuah koperasi...
PPDK BUKIT BARU BAKAL MILIKI PUSAT TERAPI BAGI ANAK-ANAK ISTIMEWA
BUKIT BARU 17 Disember - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Baru bakal mempunyai pusat terapi sendiri bagi anak-anak istimewa....
90 PERATUS SUDAH TERIMA KAD OKU DIGITAL
BUKIT KATIL 17 Disember - Serahan kad OKU Digital kepada golongan orang kurang upaya (OKU) seluruh Melaka bagi 2025 setakat...
YAYASAN PETRONAS BANTU RINGAN BEBAN KELUARGA SAMBUT KRISMAS
PAYA RUMPUT 17 Disember - Usaha membantu meringankan beban rakyat yang akan menyambut perayaan krismas tidak lama lagi diteruskan menerusi...
KOMITMEN PERZIM PUPUK BUDAYA ILMU DIIKTIRAF
AYER KEROH 17 Disember - Usaha konsisten mewujudkan Pusat Dokumentasi PERZIM di Muzium Rakyat dan memperkukuh budaya membaca melayakkan Perbadanan...
