
TIKET MURAH MENARA TAMING SARI DI KARNIVAL WTD 2025
KLEBANG 28 September – Menara Taming Sari menawarkan harga istimewa kepada orang ramai dan pengunjung Karnival Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 di Encore Melaka bermula Jumaat hingga Ahad.
Jurucakap Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) berkata, tawaran itu berupa potongan harga tiket daripada RM26 kepada hanya RM18 untuk dewasa. Selain itu, menurutnya, harga tiket untuk kanak-kanak juga hanya RM13 berbanding RM18 pada harga biasa.
“Tawaran ini hanya sah ketika pembelian di reruai Menara Taming Sari pada Karnival WTD 2025 selama tiga hari iaitu dari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
“Kita mempelawa orang ramai untuk datang ke reruai kami dan menikmati tawaran istimewa ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Untuk rekod, Menara Taming Sari menawarkan pengalaman menarik kepada pelancong menikmati pemandangan menarik Bandaraya Melaka dari atas menara setinggi 110 meter dan berputar 360 darjah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘PERHATI DAN PILIH’ DIDIK MASYARAKAT JADI PENGGUNA BIJAK
LENDU 27 Februari - Kempen 'Perhati dan Pilih' menjadi platform strategik dalam mendidik orang ramai terutamanya pengguna berhubung aspek kebersihan...
ASPEK KEBERSIHAN MAKANAN JADI KEUTAMAAN MPHTJ
AYER KEROH 26 Februari - Pemantauan kebersihan secara harian dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di semua bazar Ramadan...
MAIM BANTU ANAK ASNAF BERSINAR DALAM TVET
AYER KEROH 25 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka ruang dan peluang kepada anak-anak asnaf menceburi bidang Pendidikan...
BOMBA MELAKA KONGSI REZEKI, CERIAKAN RAMADAN KELUARGA B40
PAYA RUMPUT 25 Februari - Sumbangan bakul Ramadan tanda keprihatinan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka sedikit sebanyak...
PENGENDALI MAKANAN DI MELAKA SEMAKIN MATANG, CAKNA ASPEK KEBERSIHAN
LENDU 25 Februari - Pengendali makanan termasuk peniaga pasar Ramadan di negeri ini semakin matang dan amat mengutamakan aspek kebersihan...
LEAD, WYF METERAI MOU ANGKAT SUARA PEKERJA GIG MELAKA
BUKIT KATIL 25 Februari - Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD) dan World Youth Foundation (WYF) memeterai memorandum...
