
TIKET PELANCONGAN RM10 KEMBALI LAGI MALAM ESOK
AYER KEROH 6 Jun – Melaka Bila Larut Malam iaitu tawaran menikmati produk pelancongan pada harga RM10 akan kembali malam esok (7 Jun 2025).
Tourism Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, untuk Edisi Jun 2025, sebanyak lapan produk pelancongan menyertai inisiatif cetusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu.
Produk pelancongan yang mengambil bahagian adalah Melaka River Cruise; Menara Taming Sari; muzium-muzium di bawah PERZIM (5 muzium); Zoo Melaka; Melaka Ghost Museum; Melaka Floating Market; Panggung Bangsawan serta Kompleks Air Panas Gadek.
Menurut kenyataan berkenaan, tawaran istimewa itu bakal bermula pada jam 11 malam hingga 2 pagi, kecuali Zoo Melaka dan Panggung Bangsawan yang dijadual pada jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Tidak hanya itu, bagi pembelian 4 tiket, pengunjung juga bakal menikmati satu tiket percuma.
Untuk rekod, Melaka menjadi perintis menawarkan kemasukan ke produk pelancongan pada harga murah menerusi penganjuran Melaka Bila Larut Malam yang bermula pada Jun tahun lalu.
Program itu akan diadakan pada hari Sabtu pertama setiap bulan dan sepanjang tahun lalu, ia berjaya menarik kehadiran hampir 90,000 pelancong domestik dan antarabangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL MAKANAN, SUKAN PERMOTORAN BERSKALA MEGA DI MELAKA OKTOBER DEPAN
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri menjemput penganjur Food & Drift Festival untuk menganjurkan program berkonsep makanan dan sukan...
LEBIH 200,000 ‘GEGAU’ PULAU MELAKA
BANDA HILIR 8 Februari - Lebih 200,000 pengunjung menggegarkan Food & Drift Festival di Harbour Street, Pulau Melaka yang berlangsung...
HADIAH RM100,000 MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Hampir 100 hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Bezza ditawarkan kepada pengunjung bertuah yang menaiki...
‘DEMI PAYA RUMPUT’ BAWA LIMPAHAN BUAT 91,000 PENDUDUK 42 TAMAN, 12 KAMPUNG
PAYA RUMPUT 8 Februari - Karnival Demi Paya Rumput yang berlangsung selama lapan hari hingga 15 Februari depan bakal membawa...
DUA BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SEMINGGU LEBIH AWAL
AYER KEROH 7 Februari - Dua Bazar Aidilfitri di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan beroperasi seminggu lebih...
KAPAL TANGKI BAWA 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah kapal tangki...
