
TINGKAT TAHAP KESELAMATAN BANDARAYA, MBMB TAMBAH LEBIH 20 CCTV
AYER KEROH 13 Januari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memasang lebih 20 unit kamera litar tertutup (CCTV) tambahan di beberapa lokasi pelancongan utama bagi mempertingkatkan tahap pemantauan, sekali gus menjamin keselamatan awam.
Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, sehingga Disember 2025, lebih 100 unit CCTV telah di pasang di lokasi tumpuan pelancongan ikonik.
Katanya, pemasangan CCTV itu merupakan sebahagian usaha memastikan Bandaraya Melaka sentiasa berada dalam keadaan selamat, ceria dan kondusif selain meningkatkan keyakinan pelancong yang berkunjung ke negeri ini.
“Selain aspek kebersihan dan keceriaan, keselamatan adalah keutamaan lebih lagi sepanjang Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Pemasangan CCTV di lokasi berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas Program Jom Ke Sekolah MBMB di Dewan Taming Sari, di sini, pada Sabtu.
Terdahulu program itu disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KONVENSYEN AUDIT ANTARABANGSA 2026 BAKAL DIADAKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 27 Februari - Jabatan Audit Negara berhasrat memilih Negeri Melaka sebagai lokasi penganjuran Konvensyen Audit Negara 2026. Ketua...
MPAG PASTIKAN PENIAGA PASAR RAMADAN CAKNA KEBERSIHAN, KUALITI MAKANAN
LENDU 27 Februari - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan di kesemua 13 pasar Ramadan di...
MAIM IMARAH RAMADAN DI PULAU BESAR
AYER KEROH 27 Februari - Pulau Besar diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan dan pengisian kerohanian sepanjang Ramadan tahun ini. Pegawai...
DUA MAUT KEMALANGAN KERETA DI JALAN SERKAM–BEMBAN
JASIN 27 Februari – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Serkam–Bemban, di sini, petang semalam. Ketua...
‘JANGAN JUAL SEMULA MAKANAN TIDAK HABIS’
KESIDANG 27 Februari – Peniaga di pasar Ramadan diingatkan supaya tidak menjual semula makanan yang tidak habis pada hari sebelumnya...
MPAG AGIH LEBIH 2,000 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
LENDU 27 Februari - Lebih 2,000 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada Program Imarah Ramadan Majlis Perbandaran Alor...
