
TNB Melaka akan berpindah ke MITC
BANDA HILIR 29 Jun – Ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka akan berpindah ke bangunan baharunya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh dalam masa terdekat.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, pengurusan TNB diminta menguruskan perpindahan itu pada Ogos, memandangkan bangunan baharu itu sudah siap dan fasilitinya juga boleh digunakan.
“Walaupun berpindah ke premis baharu namun, bangunan ini (Banda Kaba) yang sudah beroperasi lebih 40 tahun masih akan dibuka bagi urusan berkaitan.
“Perpindahan ini akan membabitkan kira- kira 200 pekerja dan diharap akan berlaku secepat mungkin kalau boleh pada Ogos proses perpindahan sudah berlaku,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke TNB Melaka, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negeri Datuk Seri (Dr) Hasim Hasan, Pengerusi Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Insfrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad dan Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka Ir Khairizam Ibrahim.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perpindahan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu khususnya di Banda Hilir.
“Selain mengurangkan kesesakan secara tidak langsung dapat mengimarahkan kawasan MITC,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
IPOH 6 Jun - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad...
600 PELAJAR POLYCC DITAULIAH PISPA, BERUPAYA BANTU OPERASI KECEMASAN
JASIN 6 Jun - Sebanyak 600 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang ditauliahkan menerusi Program Pasukan Institusi Pertahanan...
WANITA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PARAH KERETA DINAIKI TERBABAS DI LPT2
DUNGUN 6 Jun - Wanita yang cedera putus kaki kiri dalam kemalangan di Kilometer 341.5 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2)...
DUA DITAHAN BERSAMA DADAH RM57.15 JUTA DI MUAR
JOHOR BAHRU 6 Jun - Polis menahan dua warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57.15 juta yang dipercayai...
MRO, HIDROGEN DAN MARITIM ANTARA FOKUS DANA RM50 JUTA TVET 2.0 – AHMAD ZAHID
PUTRAJAYA 6 Jun - Dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan...
POLIS KESAN EMPAT LELAKI DISYAKI CURI KABEL DI MRR2
KUALA LUMPUR 6 Jun - Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di tepi Jalan Lingkaran...

