
Tok Ajak ‘payung’ petrol percuma
TELOK MAS 2 Januari – Seramai 2,000 penunggang motosikal sekitar Telok Mas, di sini, menerima petrol percuma menerusi Program Isi Minyak Motor Percuma Dun Telok Mas, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, program selama tujuh jam yang berakhir 5 petang tadi mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk.
Katanya, program itu diadakan bagi membantu meringankan beban terutamanya ibu bapa yang akan mula menghantar anak-anak ke sekolah esok hari.
“Saya anjurkan program isi minyak percuma ini, adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang akan mula hantar anak-anak ke sekolah esok.
“Malah untuk membantu abang-abang dan adik-adik yang bekerja sebagai penghantar makanan,” katanya.
Beliau yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri akan terus bersikap terbuka dan tidak memilih sesiapa dalam berkhidmat kepada rakyat.
“Ketepikan pandangan politik, sebagai Adun di Telok Mas, bila berkhidmat saya akan bantu semua tidak kira siapa.
“Walaupun saya tahu tidak besar mana sumbangan ini tetapi, sedikit sebanyak dapat membantu orang-orang kita dan penduduk Telok Mas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KBS PERUNTUK RM2 JUTA SANTUNI BEKAS ATLET KEBANGSAAN
TELOK MAS 17 Jun - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sejumlah RM2 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)...
KERAJAAN GUBAL AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006 UNTUK PERKASA TVET
PUTRAJAYA 17 Jun - Kerajaan bersetuju untuk menggubal Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) bagi memperkasakan lagi Pendidikan dan...
TAJAAN UMRAH MENANTI PENGUNJUNG ‘MALAM DEMI CINTA SUCI’ MELAKA AGROFEST 2025
AYER KEROH 17 Jun - Pengunjung yang hadir ke acara 'Malam Demi Cinta Suci' sempena Melaka Agrofest 2025 berpeluang memenangi...
RENTAK BERTANDAK ANTARABANGSA MELAKA DARI 2 HINGGA 6 JULAI DEPAN
AYER KEROH 17 Jun - Melaka bakal menganjurkan acara berprestij Rentak Bertandak Antarabangsa Melaka (RBAM) 2025 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan,...
LELAKI WARGA EMAS YANG TULAR SERET ANJING DISAHKAN NYANYUK – POLIS
SUNGAI PETANI 17 Jun - Lelaki yang tular di media sosial kerana menyeret seekor anjing di belakang motosikal di Bandar...
DUA LELAKI TERMASUK WARGA PAKISTAN MAUT KEMALANGAN
SEREMBAN 17 Jun - Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan maut selepas motosikal mereka terlibat kemalangan membabitkan sebuah kereta di...