Sorting by

×

TOK RAOP AJAK ALUMNI BERSAMA-SAMA PERKASA SMK GHAFAR BABA

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

LENDU 11 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Yusoh menyokong hasrat pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba (SMKGB) untuk menyediakan ‘Smart TV’ bagi memantapkan lagi aspek pembelajaran pelajar.

Ab Rauf berkata, usaha ini bukan sekadar soal teknologi tetapi memberi peluang yang lebih adil, membuka jendela ilmu yang lebih luas dan memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam arus dunia moden.

Sebagai alumni SMKGB beliau berharap bekas pelajar SMKGB untuk bersama-sama membantu bagi merealisasikan hasrat untuk menyediakan kemudahan yang dirancang oleh pihak sekolah.

“Majlis pada kali ini bukan sekadar medan untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri, tetapi juga menjadi platform untuk kita bersamasama menyumbang dalam usaha menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih baik buat anak-anak SMKGB iaitu penyediaan 46 unit Smart TV dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM147,200.

“Setiap sumbangan dan usaha yang kita laksanakan hari ini adalah pelaburan penting demi masa depan negeri dan generasi yang akan datang.

“Sebagai alumni saya tidak mahu sekolah ini sekadar dikenang sebagai tempat kita belajar dahulu. Saya mahu sekolah ini terus melahirkan pemimpin masa depan kerana saya percaya, jika dari sekolah ini boleh
lahir dua orang Ketua Menteri Melaka, maka dari sekolah ini juga boleh terus melahirkan pemimpin-pemimpin yang hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gema Klasik Syawal Seindah Kenangan, Semanis Syawal di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba (SMKGB), Masjid Tanah, di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Yang turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKGB Rudyharrif Shariman dan Pengetua SMKGB Sahreah Md Zin.

Menurutnya sepanjang tiga tahun menjadi Ketua Menteri, beliau telah menyalurkan lebih RM47,000 kepada SMKGB bagi melaksanakan pelbagai pembangunan untuk manfaat guru dan pelajar.

Menerusi majlis dianjurkan, pentadbiran sekolah menyasarkan kutipan dana sebanyak RM120,000
bagi menampung sebahagian besar kos pelaksanaan inisiatif Smart TV.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

668
Kongsi :
Previous post MELAKA BAKAL MENGANJURKAN TEMASYA SUKAN OKU JULUNG KALI, MEI DEPAN