Sorting by

×

TOK RAOP RAIKAN PESARA POLIS, BAKAL HAJI PARLIMEN MASJID TANAH

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Kebajikan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bakal haji dalam Parlimen Masjid Tanah dijadualkan berlepas ke Tanah suci bermula Mei ini turut mendapat perhatian daripada Ketua Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Mereka diraikan pada Majlis Meraikan Bakal Haji Dan Pesara Polis Dalam Parlimen Masjid Tanah yang diadakan di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata Kerajaan Negeri berbesar hati menyalurkan sumbangan berjumlah RM940,000 semua penerima dengan harapan ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban semua.

“Kepada bakal tetamu Allah…Bukan semua yang memohon akan dipanggil, tetapi tuan puan adalah yang dipilih, gunakan peluang ini bukan sekadar untuk menunaikan ibadah, tetapi kembali sebagai insan yang lebih dekat dengan Allah dan lebih sayang kepada sesama manusia.

“Insya-Allah saya juga bakal menunaikan haji tahun ini, doakan kami…Doakan Masjid Tanah doakan Melaka,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada majlis itu.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz, Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan kemudahan awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer merangkap Adun Ayer Limau serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin merangkap Adun Taboh Naning.

Yang turut hadir Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah merangkap Adun Kuala Linggi serta Adun Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ahmad Abu Bakar seramai 255 pesara polis dan 155 bakal jemaah haji yang diraikan.

Sementara itu Ab Rauf berkata sebagai salah seorang rakyat Malaysia, beliau juga amat terhutang budi atas pengorbanan semua pesara polis dalam memastikan ketenteraman dan keselamatan orang awam sentiasa terjamin.

“Saya masih ingat membesar di bumi Masjid Tanah ini melihat sendiri bagaimana anggota polis bertugas tanpa mengira waktu dan bagaimana masyarakat kita hidup saling membantu, saling menjaga. Itulah akar budaya kita.

“Ada antara tuan-tuan pesara polis yang dahulunya semasa masih berkhidmat pastinya pernah meninggalkan keluarga di rumah, demi memastikan orang lain hidup dalam keadaan selamat. Ada yang berdepan risiko tanpa pernah tahu sama ada akan pulang dengan selamat atau tidak, hari ini kita semua dapat menikmati keamanan  hasil pengorbanan tuan-tuan semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

309
Kongsi :
Previous post ALOR GAJAH: KAMPUNG KITA, SEMAI SEMANGAT CINTAKAN MELAKA
Next post MPAG SUSUN TIGA PROGRAM KOMUNITI MENERUSI INISIATIF ‘KAMPUNG KITA’