Sorting by

×

TOK RAOP SANTUNI PENGUNJUNG, PENIAGA PASAR RAMADAN PENGKALAN BALAK

Masa Membaca:53 Saat

TANJUNG BIDARA 4 Mac – Lawatan turun padang secara mengejut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara tidak langsung memeriahkan suasana di tapak Pasar Ramadan Pengkalan Balak.

Terdahulu AB Rauf yang menunggang motosikal tiba di tapak Pasar Ramadan Pengkalan Balak pada jam 5.45 petang.

Meskipun sibuk memilih juadah berbuka pengunjung tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar dengan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.

Img 20260304 wa0001
KETUA Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah ketika singgah di Pasar Ramadan Pengkalan Balak.

Sama seperti ketua keluarga Muslim yang lain, Ketua Menteri mencuri masa ketika turun padang berkenaan untuk menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah.

Usai menunaikan tanggungjawab itu Ketua Menteri kemudian meluangkan masa meninjau pelbagai jenis makanan dan minuman yang ditawarkan oleh 53 peniaga Pasar Ramadan Pengkalan Balak.

Selain menyantuni rakyat Ab Rauf turut memilih lauk dan kuih dijual di pasar berkenaan sebagai juadah untuk berbuka puasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

453
Kongsi :
Previous post MELAKA TEROKA KERJASAMA DENGAN PENGENDALI PELANCONGAN PREMIUM JERMAN