Sorting by

×

‘TOK RAOP TAK BERTANGGUH SELESAI ISU RAKYAT’

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

TANJUNG BIDARA 7 Februari –  Sikap Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tidak bertangguh dalam mencari penyelesaian berhubung isu rakyat antara sifat pemimpin yang amat disenangi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Londang, Datuk Mutallif Che Mat berkata, selain itu sikap Ab Rauf yang tidak terlalu mengikut protokol juga amat disenangi oleh rakyat.

Katanya, sebagai contoh Ab Rauf meluluskan peruntukan untuk membaik pulih Balai Raya Kampung Londang selepas melihat sendiri keadaan bangunan dianggarkan berusia lebih enam dekad itu dalam keadaan sudah agak uzur.

“Semuanya berlaku secara spontan, kebetulan Ketua Menteri singgah untuk meninjau perjalanan Program Agihan Bubur Lambuk dan Jualan Rahmah. Melihat keadaan bangunan balai raya yang uzur beliau terus umumkan peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih.

“Pendekatan Ketua Menteri yang datang secara mengejut menunjukkan beliau ini seorang berjiwa rakyat. Jika hadir ke masjlis rasmi mungkin hanya melibatkan orang tertentu sahaja, tetapi pada program seperti ini rakyat pelbagai latar belakang ada.

“Kehadiran beliau yang berkonvoi motosikal menarik perhatian ramai dan memeriahkan lagi penganjuran program kami, malah ada yang terkejut melihat gelagat beliau yang amat mesra dengan orang kampung.” katanya ketika ditemui pada Program Agihan Bubur Lambuk dan Jualan Rahmah di Balai Raya Kampung Londang, hari ini.

Img 20260207 wa0010
AB Rauf meninjau perjalanan Jualan RAHMAH. Foto Pejabat Ketua Menteri

Pada program itu Ketua Menteri turut membantu petugas mengacau bubur lambuk dan bubur kacang hijau yang kemudian diagihkan kepada orang ramai yang hadir bagi mendapatkan barangan keperluan harian bersempena Jualan Rahmah.

Mengulas mengenai program dianjurkan Mutallif berkata, pelaksanaan program itu adalah bersempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi dan dibiayai hasil infak daripada orang awam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

352
Kongsi :
Previous post KOMITMEN AB RAUF TERHADAP KEBAJIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA DIPUJI
Next post TUN DR. MOHD ALI RASMI KARNIVAL KESIHATAN MADANI JOM SIHAT