Sorting by

×

TOK RAOP UMUM KELULUSAN PERMOHONAN TANAH, DEWAN BAHARU DI GADEK

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

GADEK 12 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan dua khabar gembira untuk orang Gadek pada Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat & Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek di Taman Sebang Gemilang, di sini, semalam.

Khabar dikongsi beliau memberikan makna yang amat besar kerana menamatkan penantian 115 pemohon tanah kerajaan rizab kereta api di DUN Gadek.

“Permohonan ini melibatkan kawasan Kampung Ganun, Kampung Binjai, Padang Sebang dan Tanjung Rimau. Isu pemilikan tanah ini bukan perkara kecil malah telah berlarutan hampir 30 tahun.

“Justeru, Kerajaan Negeri akan terus meneliti dan menyelesaikan perkara ini secara berperingkat sehingga semua permohonan yang layak dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya,” kata ketika berucap pada majlis itu.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek dan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan merangkap Adun Asahan.

Yang turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Datuk Mustafa Musa dan Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Sementara itu satu lagi berita gembira diumumkan oleh Ab Rauf adalah pembinaan dewan terbuka dan kemudahan gelanggang serbaguna di Rumah Awam Pulau Sebang 3 melibatkan kos RM3,00,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

272
Kongsi :
Previous post KERAJAAN MELAKA TAK PERNAH DUDUK TENANG, SENTIASA CAKNA HAL RAKYAT
Next post OPERASI PEMBENIHAN AWAN TUNJUK HASIL POSITIF, MELAKA PERGIAT USAHA JAMIN BEKALAN AIR