Sorting by

×

TOK TI BUAT KEJUTAN NYANYIKAN 2 LAGU DI RUMAH TERBUKA TOK RAOP

Masa Membaca:47 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Tetamu Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, menerima kejutan yang tidak disangka-sangka.

Ia apabila penyanyi nombor satu yang juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kemunculan di rumah terbuka itu bersama suami.

Istimewanya, penyanyi yang mesra dengan panggilan Tok Ti itu turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan dua lagu raya popularnya.

Orang ramai yang hadir kelihatan tidak melepaskan peluang merakam foto dan video kenangan persembahan istimewa tersebut.

Selain Siti Nurhaliza, difahamkan dua penyanyi popular dari seberang iaitu Datuk Seri Rossa dan Cakra Khan.

85e74055 60ad 41dd 8ea6 da4c7ff2c1ef
ORANG ramai tidak lepas peluang merakam persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka 2026. Foto Afiq Mustaffa

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

299
Kongsi :
Previous post TPM, KENAMAAN BESAR HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
Next post KERAJAAN BENTANG LANGKAH TANGANI KENAIKAN INPUT PERTANIAN SECARA MINGGUAN