Sorting by

×

TOURISM MELAKA, MENARA TAMING SARI BUKTIKAN KEUNGGULAN SEKTOR PELANCONGAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 12 Ogos – Tourism Melaka dan Menara Taming Sari mengharumkan sektor pelancongan Negeri Melaka apabila meraih kejayaan pada Tourism Industry Awards 2025.

Pada majlis penuh gilang-gemilang yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Sabtu lalu, Tourism Melaka merangkul anugerah ‘Best Melaka UNESCO Heritage Site Promotion’ yang diterima Pengurus Besarnya Nasrul Ahmad.

Manakala, Menara Taming Sari pula dianugerahkan ‘Best Iconic Tourist Attraction’ yang diterima Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Nur Azan Hasan.

Tourism Melaka dalam satu kenyataan menyifatkan kejayaan itu adalah hasil usaha gigih, dedikasi dan kerjasama semua penggiat industri pelancongan Melaka yang sentiasa komited memartabatkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman di atas kepimpinan, sokongan, dan bimbingan padu kepada industri pelancongan negeri.

“Semoga Melaka terus melangkah maju, mengukir nama di persada pelancongan dunia,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menara Taming Sari dalam satu kenyataan menyifatkan kejayaan itu sebagai penyuntik semangat warga kerja menara ikonik Melaka itu untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengunjung dan pelancong ke Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

438
Kongsi :
Previous post KILANG BISKUT 40 TAHUN DI REMBIA PACU EKONOMI SETEMPAT
Next post PENJENAYAH SIBER ‘KAUT’ LEBIH RM51 JUTA DI MELAKA