Sorting by

×

TRANSFORMASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PACU SEKTOR PERINDUSTRIAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 14 Mei – Usaha memperkukuh sistem pengurusan sumber manusia dalam industri pembuatan di negeri ini terus dipergiat menerusi penganjuran Program HR Insight 2025: Transformasi Tenaga Kerja & Gaji Dalam Industri Pembuatan.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, program itu adalah antara inisiatif penting ke arah pemantapan pengurusan industri pembuatan serta tenaga kerja di Melaka.

Katanya, program sama juga bertujuan memberi pendedahan kepada pihak industri mengenai kaedah, sistem dan teknologi terkini dalam pengambilan pekerja, pengurusan sumber manusia, penstrukturan gaji yang lebih mampan serta lebih efisien.

“Justeru kita mengadakan sesi libat urus turut dihadiri pakar sistem pengurusan sumber manusia seperti Setlary Malaysia, Revo dan Agensi Pekerjaan SMLHR Sdn Bhd (Malaysia) dengan sokongan Invest Melaka Berhad.

“Menerusi inisiatif ini, kita mahu memastikan semua pekerja sektor perindustrian di Melaka menikmati sistem pengurusan yang lebih baik ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program berkenaan di Bilik Tun Fatimah, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad Datuk Ginie Lim Siew Lin dan wakil-wakil pemain industri.

Khaidhirah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim berkata, penganjuran program turut mendapat sokongan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan TalentCorp Malaysia.

“Kedua-dua agensi ini berperanan dalam membina keupayaan tenaga kerja tempatan dan menjana peluang pertumbuhan dalam sektor pembuatan. Susulan itu saya berharap pendekatan baharu yang diketengahkan menerusi program dianjurkan ini memberi manfaat kepada lebih banyak pemain industri di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

450
Kongsi :
Previous post SARJAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL REMAJA 13 TAHUN
Next post 30,000 DIJANGKA MERIAHKAN SAMBUTAN HARI TVET NEGARA 2025