Sorting by

×

TUN DR. MOHD ALI BERSAMA 500 JEMAAH SUBURKAN MALAM NIFSU SYAABAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

GADEK 2 Februari – Kira-kira 500 jemaah menghadiri Majlis Sambutan Malam Nifsu Syaaban dan Pelancaran Program Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026M/1447H di Masjid As-Syakirin, Kampung Gadek, malam ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam serta Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah.

Majlis berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, diikuti bacaan Yasin serta doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Img 20260202 wa0075
SEBAHAGIAN jemaah yang hadir memeriahkan Majlis Sambutan Malam Nifsu Syaaban Peringkat Negeri Melaka.

Selesai bacaan Yasin, Tun Dr. Mohd Ali kemudiannya menyempurnakan Pelancaran Ihya’ Ramadan Tahun 1447H/2026M, diikuti penyerahan sijil penghargaan kepada Imam Hafiz Tarawih Ramadan (IHTIRAM) yang melibatkan semua Parlimen dalam Negeri Melaka.

Pada majlis itu turut berlangsung penyerahan Buku Taqarub Ramadan yang disampaikan oleh Rosli kepada Tun Dr. Mohd Ali.

Tun Dr. Mohd Ali seterusnya meluangkan masa menjamu selera bersama masyarakat setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

472
Kongsi :
Previous post KERETA LEMBU, WARISAN MELAKA YANG MASIH ‘BERNYAWA’