Sorting by

×

TUN DR. MOHD ALI MOREH BERSAMA PENGAMAL MEDIA MELAKA

Masa Membaca:48 Saat

BANDA HILIR 10 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menzahirkan penghargaan kepada petugas media Negeri Melaka menerusi program moreh yang diadakan di sebuah restoran di muara Sungai Melaka, di sini, malam tadi.

Program santunan mesra itu merupakan acara tradisi yang diadakan Tun Dr. Mohd Ali bersama Istana Melaka setiap kali Ramadan.

Program itu menghimpunkan seramai 78 pengamal media pelbagai agensi antaranya RTM, Bernama, Melaka Hari Ini, TV3, Harian Metro, Berita Harian, Utusan, Kosmo dan Sinar Harian.

Turut diundang, petugas media berbangsa Cina yang baharu sahaja menyambut Tahun Baharu Cina.

Terdahulu, Tun Dr. Mohd Ali tiba kira-kira jam 10.30 malam dan meluangkan masa lebih satu jam bersama pengamal media sambil menikmati juadah moreh yang disediakan.

Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan duit raya dan cenderahati kepada pengarang, wartawan, jurufoto dan juruvideo yang hadir.

Majlis ikatan ukhwah itu diakhiri dengan sesi bergambar bersama tanda kenangan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post MELAKA TERUS MENYERLAH, JADI TUAN RUMAH ACARA-ACARA BESAR