Sorting by

×

TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL

Masa Membaca:55 Saat

BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026M/1447H, hari ini.

Perasmian masjid berkenaan menjadi simbol pengimarahan institusi masjid sebagai pusat penyatuan ummah selain memperkukuh aktiviti keagamaan khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali pada jam 12.50 tengah hari disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat.

Tun Dr. Mohd Ali kemudiannya meluangkan masa bergambar bersama jawatankuasa dan pegawai masjid selain menandatangani buku pelawat.

Beliau seterusnya melafazkan perasmian dan menandatangani plak perasmian sebelum menunaikan solat Jumaat berjemaah bersama jemaah yang hadir.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan serta sijil penghargaan dan pengiktirafan kepada Masjid Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban Baharu.

Majlis berkenaan berakhir selepas Tun Dr. Mohd Ali beredar meninggalkan lokasi sejurus selesai semua acara yang diatur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

324
Kongsi :
Previous post POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
Next post BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT