Sorting by

×

TUNGGU KEJUTAN TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

SERI NEGERI 15 Mei – Tahun Melawat Melaka 2.0 yang dijadualkan akan dilancarkan hujung tahun ini bakal menampilkan pelbagai kejutan baharu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, Tahun Melawat Melaka 2.0 adalah kesinambungan kepada kejayaan luar biasa Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang menjana pulangan dapatan sehingga RM15.9 bilion.

“Tahun Melawat Melaka 2.0 yang bakal dilancarkan hujung tahun ini akan membawa dimensi baharu kepada sektor pelancongan negeri.

“Kita akan perkenalkan elemen kejutan yang baharu, hasil kerjasama pihak media yang memberikan sokongan sepanjang TMM2024, Melaka sekarang ini menjadi negeri tumpuan dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Rekod Baharu Kerajaan Negeri Melaka Daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) ‘Largest Digital Hits For Malaysia Tourism On Whechat Platform Using Celebrity Ambassador’ di pejabatanya, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalannya Datuk Zaidi Attan; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad dan Pegawai MBOR Edwin Yeoh Tiong Chin.

Ab Rauf berkata, aura selebriti antarabangsa Fan BingBing dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka juga berjaya menarik pelawat antarabangsa dari China, Hong Kong dan Taiwan ke negeri ini sepanjang TMM2024.

“Pastinya Kerajaan Negeri akan berusaha untuk menggamit lebih ramai pelancong ke Melaka bersempena Tahun Melawat Melaka 2.0 nanti,” katanya.

Susulan kejayaan TMM2024, Melaka juga dipilih menjadi tuan rumah kepada Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC 2025) WTC 2025 September ini.

Lebih membanggakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) juga akan dilancarkan di Melaka, sekali gis menjadikan negeri ini sebagai pusat pelancongan serantau yang strategik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1115
Kongsi :
Previous post MELAKA JADI PERHATIAN, RAIH 1.5 BILION HIT DI ‘WECHAT’ CHINA
Next post MELAKA LAKSANA PEMBANGUNAN HARTANAH BERIMPAK TINGGI DI KLEBANG