Sorting by

×

TVET ‘TEKNOPRENEURSHIP’ JADI FOKUS TAHUN INI – TPM

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada keusahawanan berasaskan kemahiran teknopreneurship yang mana hasrat jelas untuk melahirkan lebih ramai graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) mahir teknikal, praktikal dan keusahawanan pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha ini memperlihatkan TVET bukan sekadar laluan ke pasaran kerja, tetapi gerbang kepada pendidikan berdikari.

Katanya, menerusi teknopreneurship juga bukan sekadar lahirkan tenaga mahir namun ia turut melahirkan pemilik perniagaan, pencipta pekerjaan serta pemacu ekonomi tempatan.

“Melalui Tekun Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sehingga April tahun ini, sebanyak RM9.9 juta telah disalurkan kepada 370 usahawan TVET seluruh negara.

“Jumlah itu daripada nilai keseluruhan peruntukan RM30 juta daripada Kerajaan.

“Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengharapkan graduan TVET tidak melepaskan peluang untuk mempelajari bidang keusahawanan berasaskan kemahiran yang mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2025 yang disempurnakan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ahli-Ahli Jemaah Menteri; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan-Timbalan Menteri; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1238
Kongsi :
Previous post LEBIH 140,000 ANAK MUDA DAFTAR DI INSTITUSI TVET TAHUN INI
Next post JALAN SAMBUNGAN KOTA SYAHBANDAR-TAMAN STRAITS COURTYARD, JIMATKAN MASA PERJALANAN