Sorting by

×

TYT BERSAMA RIBUAN UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILADHA DI MASJID NEGERI

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 Jun – Pagi Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah hari ini disambut dalam suasana penuh penghayatan apabila ribuan jemaah berkumpul bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha.

Solat sunat itu diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Rustam yang tiba kira-kira jam 7.50 pagi.

Tampil segak dalam persalinan baju Melayu berwarna hijau muda, lengkap bersamping dan songkok hitam, beliau turut ditemani isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman.

Ketibaan beliau dan isteri disambut oleh para jemaah dan barisan kepimpinan negeri.

Turut hadir mengiringi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Solat sunat tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al-Azim, Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz, yang juga menyampaikan khutbah Aidiladha yang menyentuh hati para jemaah.

Img 20250607 093459 525
RIBUAN umat Islam hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Azim. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Selesai solat, para jemaah mengambil kesempatan bersalaman, bermaaf-maafan dan merakam gambar kenangan bersama keluarga serta pemimpin negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1288
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI TUNAI SOLAT SUNAT AIDILADHA DI KAMPUNG PULAU
Next post DUA PROJEK ATASI HAKISAN PANTAI DI MELAKA