
TYT dan isteri hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran
BANDA HILIR 22 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Peringkat Negeri Melaka 2024 di Masjid Selat hari ini.
Majlis yang bermula seawal jam 6.30 petang itu dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin Mufti negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.
Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah yang dipimpin Imam 1 Masjid Selat, Mohd Fedzuwan Mohamed.
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 jemaah itu diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun kelahiran Tun Dr. Mohd Ali yang ke-75 tahun.
Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Badaruddin Mohd Kassim serta tetamu lain.
Terdahulu, Tun Dr. Mohd Ali dan isteri tiba di perkarangan masjid kira-kira jam 6.20 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
