Sorting by

×

TYT, KM HADIRI MAJLIS CERAPAN RASMIHILAL SYAWAL

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANJUNG BIDARA 19 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka di Balai Cerap, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Turut sama pada majlis itu Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, barisan Exco, Timbalan Exco serta kenamaan lain.

Timbalan Mufti Melaka, Hazarudin Baharudin, mengetuai Jawatankuasa Rukyah dan Ahli Melihat Anak Bulan Melaka, untuk mencerap anak bulan Syawal.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Cerapan bermula sekitar jam 7.23 malam sebelum berakhir pada jam 7.37 malam dan hasil rukyah anak bulan ini kemudian dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR).

Pengumuman dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidilfitri kemudian akan dibuat secara rasmi oleh PMBRR Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Balai Cerap Al-Khawarizmi, antara 29 lokasi rasmi lain untuk merukyah anak bulan termasuk Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Menara Alor Setar, Kedah dan Balai Cerap KUSZA, Terengganu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

207
Kongsi :
Previous post CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
Next post POLIS MELAKA SIAP SIAGA SEPANJANG AIDILFITRI