
UMNO sudah keluarkan surat pelucutan keahlian Idris, Nor Azman
MASJID TANAH 5 Okt. – UMNO sudah mengeluarkan surat pelucutan keahlian terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang didapati melanggar perlembagaan sehingga mereka hilang keahlian secara automatik.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan menulis surat berkenaan kepada dua ADUN terbabit iaitu Datuk Seri Utama Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).
“Dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang telah kita luluskan awal tahun ini, telah kita buat, siapa-siapa yang berada di pentas atau mewakili parti-parti mana atau bertentangan dengan parti, maka dia terlucut keahlian dengan sendiri.
“Tak payah dipecat, tapi kita tulis surat mengatakan bahawa keahliannya terlucut dengan sendiri mengikut peraturan-peraturan dalam perlembagaan kita,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata demikian selepas memberikan kata-kata semangat kepada pimpinan Badan Perhubungan UMNO Melaka, di sini malam ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BILAL, PENGGALI KUBUR MELAKA TERIMA RM300 SEMPENA RAMADAN
PENGKALAN BATU 22 Januari - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memperuntukkan...
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN PELENGKAP USAHA MELAKA PERKASA BIDANG AKADEMIK
TANJUNG BIDARA 22 Januari - Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan menjadi pelengkap kepada usaha berterusan Kerajaan Negeri bagi memastikan anak Melaka...
PENGHANTAR MAKANAN DICEKUP MENYAMAR POLIS, UGUT REMAJA PUASKAN NAFSU
AYER KEROH 22 Januari - Penghantar makanan ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki menyamar sebagai seorang anggota polis dan melakukan...
MELAKA LATIH LEBIH 900 SUKARELAWAN PARAKOM BERSEDIA HADAPI KES KECEMASAN
BANDA HILIR 22 Januari - Lebih 900 sukarelawan Paramedik Komuniti (PARAKOM) menyertai pelbagai pelbagai kursus latihan dan tugasan lapangan sepanjang...
MBMB FOKUS ASPEK 3K BAGI PENGANJURAN BAZAR AIDILFITRI, RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 22 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menegaskan pematuhan terhadap aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K) menjadi...
MELAKA TERUS SUBURKAN BUDAYA CINTAI AL-QURAN
PENGKALAN BATU 22 Januari - Melaka terus menyuburkan budaya mencintai al-Quran menerusi penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri...

