Sorting by

×

UNIMEL BAKAL TERIMA LEBIH 1,300 PELAJAR BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KUALA LINGGI – Seramai 1,395 pelajar baharu dijangka mendaftar masuk untuk mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah di Universiti Islam Melaka (UNIMEL) bagi sesi 1 2025/2026.

Naib Canselor UNIMEL Prof Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly berkata, pendaftaran di kampus universiti itu di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, berlangsung selama dua hari iaitu hari ini dan esok.

Katanya, setakat jam 12 tengah hari, seramai 500 pelajar baharu sudah selesai mendaftar masuk dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat kerana proses berkenaan masih lagi dibuka sehingga esok.

“Bagi calon yang cukup syarat untuk memohon kami mengeluarkan sebanyak 6,050 surat tawaran dan daripada jumlah itu 1,395 mengesahkan pendataran. Kita jangka sasaran lebih 1,000 pendaftaran pelajar baharu dapat dicapai berdasarkan kepada maklum balas yang diterima.

“Alhamdulillah kita menerima maklum balas yang positif daripada pelajar dan ibu bapa mereka, mereka berpuas hati dengan kemudahan dan tawaran kursus yang kita sediakan,” katanya ketika ditemui di Kampus UNIMEL, hari ini.

Menurutnya, setakat ini UNIMEL menawarkan keseluruhan 52 program pengajian peringkat asasi diploma, ijazah, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

Selain itu katanya, bagi memeriahkan lagi suasana hari pendaftaran pelajar baharu turut berlangsung Mini Karnival 2025 Kemasukan Pelajar Baharu UNIMEL di perkarangan kampus universiti berkenaan.

“Kita susun pelbagai program yang memberikan manfaat kepada pelajar baharu dan ibu bapa datang bersama mereka, selain itu ada juga reruai daripada agensi, jabatan kerajaan serta sektor swasta,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3875
Kongsi :
Previous post SINAR ZULHIJAH SANTUNI ORANG ASLI MELAKA
Next post UNIMEL BAKAL PERKENAL SEMBILAN KURSUS BAHARU