Sorting by

×

UNIMEL TAWAR TUJUH KURSUS PASCASISWAZAH ‘FAST TRACK’

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KUALA LINGGI 19 Disember – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mempelawa calon yang berminat untuk mengikuti kursus pascasiswazah secara ‘fast track’ di universiti itu.

Naib Canselor UNIMEL Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly berkata, tawaran itu adalah sebahagian daripada agenda Jom Masuk UNIMEL Pascasiswazah bermula 18 sehingga 28 Disember 2025 ini bertempat di Kampus UNIMEL, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.

Katanya, tawaran melibatkan tujuh program pengajian baharu iaitu Sarjana Analitik Perniagaan, Sarjana Pengurusan Haji dan Umrah, Sarjana Pengurusan Perniagaan, Sarjana Pengurusan Warisan dan Budaya, Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Pentadbiran Awam dan Sarjana Undang-Undang (Forensik).

Menurutnya program Sarjana baharu (MQA/KPT) secara kerja kursus diperkenalkan bagi memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara, selari dengan SDG4 (Pendidikan Berkualiti).

“Kesemua program baharu ini ditawarkan melalui model fast track selama 12 bulan, 100 peratus kerja kursus tanpa peperiksaan akhir, penilaian berfokuskan aplikasi ilmu, penyelesaian masalah sebenar, tugasan projek, pembentangan profesional dan kajian kes industri,” katanya.

Beliau berkata, bagi calon yang membuat pendafaran dan bayaran penuh yuran pengajian bagi tempoh 18 hingga 28 Disember layak mendapat diskaun sebanyak 30 peratus.

“Jika mendaftar dalam tempoh sama tetapi tidak membuat bayaran yuran penuh mereka masih layak mendapat diskaun sebanyak 20 peratus.

“Pendekatan ini menyediakan program fleksibel dan berimpak tinggi, selari dengan keperluan pasaran kerja dinamik tanpa menjejaskan kualiti akademik serta diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengikut standard pendidikan tinggi nasional dan antarabangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

398
Kongsi :
Previous post WRUR BUKIT KATIL: KETUA MENTERI BERSARAPAN BERSAMA KOMUNITI BUKIT PULAU
Next post WRUR BUKIT KATIL: BANGUNAN TAMBAHAN PPKI DEMI KESELESAAN ANAK BERKEPERLUAN KHAS – KM