
UPTOWN PAHLAWAN WALK BEROPERASI 5 HARI SEMPENA TAHUN BAHARU 2026
BANDA HILIR 31 Disember – Uptown Pahlawan Walk, di sini, bakal beroperasi selama lima hari bersempena ketibaan tahun baharu 2026.
Uptown berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi tersebut bermula hari ini (31 Disember) sehingga 4 Januari 2026 (Ahad).
“Uptown Pahlawan Walk dibuka hari tambahan perniagaan untuk memeriahkan suasana dan menyokong peniaga kecil tempatan.
“Jemput semua pelancong dalam dan luar negeri datang membeli-belah, makan-makan serta sama-sama memberi sokongan kepada peniaga. Sokongan anda sangat bermakna,” kata kenyataan itu.
Penambahan waktu operasi itu adalah selari dengan pelanjutan tempoh waktu Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir seperti yang diumumkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Ia secara tidak langsung memberi ruang dan peluang buat pelancong menikmati dan meneroka pengalaman istimewa di sekitar tapak warisan dunia UNESCO itu dengan berjalan kaki atau menaiki beca.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
34 PROJEK PR1MA DIKATEGORIKAN ‘SAKIT’ SIAP SEPENUHNYA
KLEBANG 2 April - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan semua projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum...
LEBIH 21,000 RUMAH MAMPU MILIK SUDAH DIBINA DI MELAKA
KLEBANG 2 April - Lebih 21,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) telah siap dibina di seluruh Melaka sehingga Mac 2026...
18 LOJI WTE DIRANCANG DIBINA MENJELANG 2040
SUNGAI UDANG 2 April - Pendekatan inovatif seperti teknologi Waste-to-Energy (WtE) amat bermanfaat sebagai pemacu utama dalam merealisasikan agenda Sifar...
TEKNOLOGI WTE ATASI CABARAN KAPASITI TAPAK PELUPUSAN
SUNGAI UDANG 2 April - Kemudahan berteknologi tinggi pengurusan sisa pepejal Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang berupaya membantu mengurangkan cabaran...
MELAKA LAKSANA SOLAT SUNAT ISTISQA’ MOHON HUJAN
DURIAN TUNGGAL 2 April - Kerajaan Negeri melaksanakan Solat Sunat Istisqa’ di Empangan Durian Tunggal, di sini, hari ini sebagai...
SEL TAMBAHAN PASTIKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA TIDAK TERJEJAS
SUNGAI UDANG 2 April - Pembinaan sel baharu sedang dilaksanakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Udang bagi memastikan kesinambungan...
