Sorting by

×

USAHAWAN BELIA MERIAHKAN CAR FREE ZONE @ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

ALOR GAJAH 31 Julai – Kehadiran 30 peniaga dalam kalangan belia, memeriahkan dan menghidupkan lagi suasana malam sempena penganjuran Program Car Free Zone @Alor Gajah di Dataran Keris, di sini, 26 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Zailani Siran berkata, program seumpama itu secara tidak langsung membuka peluang kepada belia untuk berniaga dan menjana pendapatan.

“Kami bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bagi menjayakan program ini yang selaras dengan kecenderungan belia sekarang yang minat berniaga secara kecil-kecilan.

“Belia sekarang juga lebih selesa membuka gerai atau berniaga secara ‘car boot sale’ berbanding membuka premis tetap. Apa yang membanggakan semua peniaga yang mengambil bahagian kali ini adalah mereka berusia bawah 30 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Melaka Fun Run & Night Festival 2025 serta Program Rakan Muda Rakan Niaga bersempena Car Free Zone @ Alor Gajah.

Hadir sama pada program itu, Ketua WHIP MPAG, Clr. Ghafar Ngah, Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Sodikin Ali, ahli-ahli majlis serta ketua jabatan MPAG.

Zailani berkata, aktiviti keusahawanan dan sukan melibatkan belia dilaksanakan di semua tiga daerah di Melaka, namun pengisiannya adalah mengikut kesesuaian lokasi dan program.

“Contoh kali ini kita boleh laksanakan serentak Program Melaka Fun Run & Night Festival 2025 serta Program Rakan Muda Rakan Niaga, tetapi di daerah lain mungkin caranya berbeza,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

560
Kongsi :
Previous post PPSPM ‘HIDUPKAN’ SEKTOR PELANCONGAN DI UTARA DAN SELATAN MELAKA
Next post MELAKA, ‘MAKMAL HIDUP’ PELANCONGAN LESTARI