
USTAZ KAZIM GAMIT LEBIH 600 WARGA LENDU
LENDU 22 Mei – Aura penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias menarik lebih 600 umat Islam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu untuk hadir beramai-ramai ke Masjid Umar Al-Khattab, Masjid Tanah, di sini, hari ini.
Kehadiran penceramah bebas juga terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim ke masjid berkenaan adalah bagi memenuhi jemputan Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Perbandaran Ke-22 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kassim Elias.
Penganjuran majlis ilmu bertujuan untuk menyuburkan nilai-nilai kerohanian dan keagamaan itu juga adalah bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WUR) DUN Lendu.
Pada jam 6.20 petang majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat yang dipimpin Imam DUN Lendu, Abi Hurairah Aziz yang kemudian diikuti serahan sumbangan daripada MPAG kepada Masjid Umar Al-Khattab.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik sambutan hari perbandaran MPAG diikuti jamuan untuk para tetamu.
Usai solat Maghrib berjemaah majlis diteruskan dengan ceramah perdana bertajuk ‘Syurga Di Sebalik Pintu Rumah Tangga’ yang disampaikan oleh Ustas Kazim Elis.
Penganjuran majlis ilmu itu ditutup dengan Solat Isyak berjemaah dan Jamuan ringan sebelum semua jemputan dan jemaah bersurai.

Turut hadir memeriahkan majlis Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman bersama Timbalan beliau, Datuk Rosli Abdullah; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Amat serta Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas.
Yang turut hadir adalah Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim, Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat, Ketua Ahli Majlis MPAG, Ghafar Ngah, Ahli-Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MPAG serta Timbalan Pengerusi Majlis Umar Al-Khatab, Mohd Rasit Saleh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.