Sorting by

×

UTEM ANTARA UNIVERSITI AWAM TERBAIK TVET

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

AYER KEROH 14 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan memomentum kecemerlangan apabila memenangi Anugerah Kecemerlangan PPT: Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) di Majlis Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2025, pada Isnin.

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud serta Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Anugerah yang dimenangi UTeM selaku pemenang utama Anugerah Kecemerlangan PPT: Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) dalam kalangan seluruh universiti dalam negara dan dengan kemenangan ini UTeM membawa pulang piala dan sijil kecemerlangan.

Sementara itu UTeM turut tersenarai antara tiga universiti terbaik bagi Anugerah Kecemerlangan PPT: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan lima universiti terbaik bagi Anugerah Kecemerlangan PPT: Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, kejayaan ini jelas menjulang nama UTeM dan membuktikan universiti ini terus komited dalam mempamerkan kecemerlangan berterusan dalam aspek pematuhan standard dan inovasi dalam jaminan kualiti mampan.

Jelasnya, UTeM sentiasa memastikan pelaksanaan pengurusan kualiti dalaman yang berprestij tinggi keseluruhan, sistem jaminan kualiti dalaman yang kukuh di samping proses penandaarasan, yang melibatkan perbandingan dengan amalan terbaik untuk meningkatkan kualiti program.

“Hasil daripada proses penandaarasan ini yang terdiri daripada kekuatan dan peluang penambahbaikan, menjadi input bagi menambah baik matlamat institusi, pelan strategik dan juga sistem jaminan kualiti.

“Pada masa yang sama pemacuan kepimpinan UTeM tentunya memainkan peranan penting dalam memacu budaya kualiti. kepimpinan yang berkesan dalam memastikan pelaksanaan dasar dan prosedur berkualiti serta memberi inspirasi kepada staf dan pelajar untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

Katanya lagi, antara lain UTeM terus sentiasa agresif dalam penyertaan dalam proses penilaian dan audit dalaman membantu mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam sistem pengurusan kualiti, sekali gus membolehkan universiti membuat penambahbaikan diperlukan untuk memastikan standard kualiti tinggi.

Terdahulu Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Zahriladha Zakaria mewakili Naib Canselor, menerima anugerah itu bagi pihak UTeM.

Turut bersama hadir meraikan kemenangan ini adalah Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, DatUK Dr. Husaini Omar dan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) Prof. Ts. Dr. Mohd Sanusi Azmi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

633
Kongsi :
Previous post HARGA RON97, DIESEL TURUN 4 SEN – MOF
Next post PENUTUPAN JALAN SEMPENA WTD 2025 AKAN DIMAKLUM LEBIH AWAL