Sorting by

×

UTEM BANGUNKAN MAKMAL AI BERSAMA INSTITUSI TEKNIKAL SLOVAKIA

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 30 Januari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi institusi pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama strategik dalam bidang teknikal bersama Technical University of Kosice (TUKE), Slovakia.

Selari dengan itu bagi menyemarakkan pengisian dan impak kerjasama UTeM dan TUKE bakal membangukan Makmal Kepintaran Buatan (AI) dan Sibernetik berteknologi terkini dunia

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, pembangunan Makmal AI dan Sibernetik ini merupakan perkongsian teknologi selain kepakaran menerusi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteraskan AI dimiliki bersama.

“Mengikut perancangan makmal berkenaan akan dibangunakan tahun ini dan digunakan secara bersama oleh UTeM dan TUKE.

“Selain pembangunan Makmal AI dan Sibernetik UTeM bersama TUKE akan bekerjasama dalam dua projek berimpak dunia iaitu pembangunan teknologi terkini komputer super dan teknologi hidrogen yang mendapat perhatian serta permintaan pasaran dunia pada masa kini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, agenda ini merupakan sebahagian daripada inisiatif UTeM bagi pemerkasaan AI dalam bidang pendidikan TVET yang memberikan impak langsung kepada aspirasi negara bagi kemajuan bidang berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

358
Kongsi :
Previous post CMI SEDIA ‘PORT’ DAMAI TERBAIK DI TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN
Next post LESEN MOTOSIKAL PERCUMA ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIBUKA BERMULA MAC