Sorting by

×

VENICE JADI INSPIRASI PPSPM PERKASA PELANCONGAN AIR MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Jun – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) membawa pulang idea baharu dan membuka ruang kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh pembangunan pelancongan air di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, perkara itu antara fokus utama lawatan kerja pihaknya bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta delegasi Kerajaan Negeri ke Venice, Itali baru-baru ini.

Katanya, Venice merupakan kota legenda yang terkenal dengan jaringan terusan selain sistem pengangkutan airnya dan lawatan kerja bersama Kerajaan Negeri itu menghasilkan pelbagai cadangan untuk dilaksanakan di Sungai Melaka.

“Lawatan kerja itu bertujuan untuk meneliti dan mengkaji pendekatan holistik diamalkan pentadbiran Venice dalam menguruskan bandar berkenaan hingga kekal sebagai destinasi pelancongan tersohor dunia.

“Apa yang difokuskan adalah penerokaan terhadap sistem pengangkutan air termasuk penggunaan gondola, teksi air, bas air dan bot kecemasan. PPSPM ambil peluang untuk memahami secara lebih mendalam aspek operasi, penyelenggaraan serta pengurusan sistem pengangkutan air di bandar terbabit,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata sistem pengangkutan air yang efisiendan mesra pelancong boleh dijadikan contoh dalam merangka pelan jangka panjang untuk memperkasa pelancongan air di Melaka.

“Lawatan kerja ini membuka ruang kerjasama strategik dan idea baharu dalam memperkukuh pelancongan air secara mampan seterusnya mengangkat imej negeri ke peringkat antarabangsa.

“PPSPM mengambil peluang untuk memahami secara lebih mendalam aspek operasi, penyelenggaraan serta pengurusan sistem pengangkutan air bandar itu, sebagai rujukan dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan Melaka River Cruise,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

500
Kongsi :
Previous post MPJ GEMPUR KAWASAN ‘PANAS’ LALAT DI SIMPANG BEKOH
Next post SEORANG MAUT, SEORANG CEDERA PARAH KEMALANGAN BABIT TIGA KENDERAAN