Sorting by

×

VISIT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KLEBANG 28 September – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan Visit Melaka 2.0 akan dilancarkan hujung tahun ini.

Menurut beliau, bagi menyokong usaha itu, lebih 800 produk pelancongan ditawarkan
yang pastinya menjadi letupan dan dentuman dunia.

“Antaranya, program Melaka Bila Larut Malam, sebuah daya tarikan pelancongan dengan hanya serendah RM10; Permainan tradisional seperti Dam Aji dan Konda-Kondi; Melaka Eco Cruise; Zon Bebas Kenderaan (Car-Free Zone); dan inisiatif PARAKOM dengan 1,400 sukarelawan terlatih sebagai barisan hadapan membantu pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Encore Melaka, di sini, hari ini.

Majlis perasmian itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; menteri-menteri pelancongan serta delegasi dari 159 buah negara yang hadir serta lain-lain kenamaan.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Tambah Ab Rauf, pada hujung tahun ini juga, Melaka akan terus melangkah jauh memacu transformasi pendigitalan dalam sektor pelancongan.

Jelas beliau, ia menerusi peluncuran Smart AI Melaka Tourism, selain produk-produk pelancongan interaktif yang menggabungkan warisan dengan teknologi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2828
Kongsi :
Previous post HIMPUN 3,224 PENARI ZAPIN, MELAKA PECAH REKOD NEGARA
Next post TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 PLATFORM PERKUKUH JENAMA MALAYSIA DI MATA DUNIA