Sorting by

×

MASJID Al JAWAHIR BAKAL BERWAJAH BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Jun – Masjid Al Jawahir Pengkalan Balak, bakal berwajah baharu apabila kerja naik taraf bangunan itu dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, ketika singgah bagi meninjau pelaksanaan ibadah korban di masjid berkenaan, di sini, hari ini.

“Bagi melancarkan kerja-kerja naik taraf itu nanti, masjid ini akan ditutup dan berpindah ke surau sementara di Padang Kemunting.

“Insya-Allah setahun dari sekarang kita akan dapat melihat Masjid Al Jawahir ini berwajah baharu,” kata Ketua Menteri.

Img 20250608 150031 164
KETUA Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membantu melapah daging korban di Masjid Al Jawahir Pengkalan Balak.

Sementara itu Pengerusi Masjid Al Jawahir Roslan Othman berkata, pihaknya sedang menunggu pemakluman lanjut berhubung tarikh sebenar penutup masjid, daripada pihak berkenaan.

Katanya, mengikut jangkaan Masjid Al Jawahir akan ditutup bermula Julai atau Ogos dengan kerja naik taraf melibatkan keseluruhan bahagian bumbung dan kubah dijangka mengambil masalah selama lapan bulan untuk disiapkan.

“Alhamdulillah bumbung masjid yang kerap mengalami kebocoran akan diganti keseluruhannya dengan kos dianggarkan RM1.42 juta,” katanya,

Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan struktur bumbung Masjid Al Jawahir akan digantikan sepenuhnya bagi mengatasi masalah kebocoran kerap berlaku, setiap kali hujan.

Bagi mengatasi perkara itu pihak pengurusan Masjid sudah beberapa kali melakukan kerja pembaikan namun namun permasalahan sama berulang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

608
Kongsi :
Previous post SAMBUTAN AIDILADHA MERIAH DI TANJUNG BIDARA
Next post LELAKI MENINGGAL DUNIA SEMASA SERTAI AKTIVITI KORBAN DI LUMUT