
Wanita ditemukan rentung, polis tahan seorang lelaki
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Izham Jaafar berkata suspek berusia 30-an itu ditahan pada pukul 6 petang di lokasi kebakaran.
“Mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai penyelia kedai buku di sekolah berkenaan yang berumur 25 tahun, dan mayatnya telah diserahkan kepada Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata sebuah jentera bersama lapan anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu.
Menurutnya mayat wanita itu ditemukan selepas kerja-kerja memadam kebakaran selesai.– BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WRUR DUN ASAHAN: LANGKAH PERTAMA TEROKA KEMAHIRAN KECERDASAN BUATAN, DIGITAL
ASAHAN 6 April - Seramai 40 peserta meningkatkan ilmu dan kemahiran menerusi Program Perkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional...
DUN MACHAP JAYA RAIKAN TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
MACHAP JAYA 5 April - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya menggunakan kesempatan berkumpul pada Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang...
WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
ASAHAN 5 April - Sambutan positif dan menggalakkan diterima pada hari ketiga penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA
ASAHAN 5 April - Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak...
MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
AYER KEROH 5 April - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini...
SITI NAJIHA ‘TERANGI’ HIDUP OKU
ASAHAN 5 April - Kehilangan upaya penglihatan sejak usia enam tahun dan bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penghalang buat...


