
WANITA MAUT, DUA TERMASUK KANAK-KANAK CEDERA KERETA DINAIKI TERBABAS
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta pada 8.04 pagi.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian dan sejurus tiba, mereka mengeluarkan wanita yang tersepit di dalam kereta itu menggunakan peralatan menyelamat.
“Mangsa yang dikeluarkan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat wanita itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KUOTA BUDI95 DISELARASKAN SEMENTARA KEPADA 200 LITER SEBULAN MULAI 1 APRIL INI
KUALA LUMPUR, 26 Mac - Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada...
JAMUAN RAYA DUN RIM DIJANGKA TERIMA LEBIH 5,000 TETAMU
AYER KEROH 26 Mac – Penganjuran Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim kali ini tampil dengan...
BAS, VAN PERANTARA MUDAHKAN PENGUNJUNG KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 26 Mac - Sebanyak tiga bas dan dua van perantara disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan orang ramai dan...
PARAS EMPANGAN UTAMA MELAKA MEROSOT, RAKYAT DISARAN JIMAT AIR
AYER LIMAU 26 Mac - Paras air di semua empangan utama di negeri ini direkodkan merosot sehingga 25 peratus berikutan...
DAYANG NURFAIZAH, SENARIO BAKAL GAMATKAN RUMAH TERBUKA MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 26 Mac - Barisan artis popular tanah air bakal mewarnai sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada...
DUN TABOH NANING TUMBANG LEMBU BUAT TETAMU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 29 MAC INI
TABOH NANING 26 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan menyajikan pelbagai juadah ‘lauk...

